Tuesday, October 25, 2011

Paranormal Files

Kejadian ini berlaku semasa aku kecil lagi, lebih kurang umur 7-8 tahun jika tak silap aku. Kisah ini terjadi semasa family aku membeli rumah sendiri, masih aku ingat lagi dimana ketika kami survey rumah itu, terdapat keganjilan pada satu bilik ini (yakni bilik adik2 perempuan aku sekarang) dimana seluruh bilik tu ditampal dengan surat khabar kecuali bahagian tingkap. Aku sangat musykil, tapi aku diamkan saja. Pada malam hari pertama kami pindah, tiada apa2 berlaku, cuma bila kami sudah pindahkan perabot semua barulah benda2 ini terjadi.

Gangguan Pertama - Sewaktu kami sedang lena tidur, akak saya terjaga & kebetulan terpandang dekat pintu bilik (kami tidur memang tidak tutup pintu) & terpandang perempuan berambut panjang mendukung sesuatu (bayi rasanya) sedang pandang ke arah kami adik beradik, dengan pantas akak aku menarik selimutnya menutup mukanya..keesokkannya dia menceritakan apa yang berlaku tapi kami semua buat tak endah je..yela mana tau mungkin perasaan dia sahaja..

Gangguan Kedua - Dekat bilik tidur kami memang ada tampal gambar beberapa orang tersenyum gembira (gambar ini kami terjumpa masa sedang mengemas rumah lalu kami decide untuk tampalkan sahaja dalam bilik tidur mengadap kearah tingkap)..tapi kali ini adik perempuan aku pulak yang kena kacau di mana setiap malam dia akan nampak tangan mencakar2 tingkap seolah2 inginkan gamba tersebut, tapi yang peliknya kami semua tak dengar apa2 pun! Kami ingin sangat menceritakan kepada ibu kami, tapi kami simpan dulu.

Gangguan Ketiga - Yang ini sangat menyeramkan dimana setiap malam kami akan dengar bunyi orang mengcangkul tanah terutama 12 lebih ke atas & ya, kami memang ada letak cangkul di belakang rumah kami. Bunyi cangkulan tanah itu memang dekat sangat dengan bilik tidur kami. Pada mulanya ibu kami tak percaya dengan cerita2 kami sebelum ini, tapi selepas mendengar bunyi cangkulan itu sendiri, ibu mula mencari sesuatu yang tidak kena dengan rumah kami itu.

Gangguan ketiga itu memang kerap berlaku, sampai satu hari aku & adik aku bertekad untuk melihat "siapa" sebenarnya yang selalu mengcangkul dibelakang rumah kami, yela sudah hari2 jadi, kita pun naik fedup..& malam yang dinantikan tiba..bunyi cangkulan memang ada..kami senyap2 pergi kearah tingkap dan aku pun menunjukkan isyarat 1..2..3..dan terus kami bukak tingkap dengan pantas & melihat keadaan sekeliling luar rumah..sunyi..gelap..cuma kedengaran bunyi cangkul seperti baru diletakkan & masih lagi bergoyang2..kami tutup tingkap &  terus tidur. Keesokkannya, kami pergi lihat cangkul itu, alangkah terkejutnya kami terlihat kesan tanah dekat cangkul tersebut & aku tercari2 dekat mana mungkin terdapat kesan cangkulan tapi malangnya tiada.

Disebabkan kerap terjadi, ibu aku mengambil keputusan untuk suruh kami semua tidur dengan dia tiap2 malam..memang ok tapi...pada satu malam, sedang aku asyik tido, badan aku digegarkan dengan kuat sekali..aku terjaga, terpisat2 aku ternampak satu makhluk hitam tinggi hampir siling rumah & lebar badan sebesar dua pemelok..tapi anehnya aku tiada rasa takut, cuma aku tak mampu berkata2, lidah terkunci. Aku dapat rasakan yang "benda" itu tenung aku & tiba2 aku terasa dia bercommunicate dengan aku melalui medium batin.."mari ikut aku.." katanya kepadaku..tanpa membantah aku pun ikut saja!

Di "dunia" mereka aku bermain satu permainan seakan2 catur dalam keadaan terbalik (aku pun tak tau macam mana nak terangkan)..macam2 dia tunjukkan apa yg tersirat ditempat dia itu..& setiap kali aku balik ke dunia asal, badan aku letih yang teramat sangat! Tiap2 malam aku jadi peneman setia dia & tapi pada suatu hari aku cakap aku sudah tak mahu ikut dia lagi (dengan sedikit kekasaran)..maafkan aku jika aku menyakitimu wahai makhluk Allah..sejak daripada itu dia memang sudah tidak muncul2 lagi sampai sekarang..sejak rumah aku di "pagar"..gangguan2 tersebut sudah kurang hingga sekarang..

Tetapi setiap kali aku pulang ke rumah aku (bila off day) & tidur di bilik bujangku, masa tutup lampu aku akan ternampak figure yang sama masa aku kecil dulu kemudian samar2 menghilang...aku hanya mampu tersenyum.."ada lagi kau rupanya" bisik hatiku..sampai sekarang aku masih teringat kisah tu..hanya Allah sahaja yang maha berkuasa, Dia juga maha mengetahui apa yang tersurat & tersirat..






*bersyukur dengan "kelebihan" yg dipinjamkan oleh-Nya*

9 comments:

  1. serammnya . nasib iqhwan dan adik beradik kuat semangat. kalau suha confirm mintak mak pindah rumah yang lain. :)

    ReplyDelete
  2. hehe..dugaan dr-Nya suma tu, sebalik tu ade jgk mksd tersiratnye sbnrnya..:)

    ReplyDelete
  3. hanya ALLAH jer yg maha mngetahui..
    sy juge ader pngalaman yg same..
    cume jln citer jer yg brbeza..

    :)

    ReplyDelete
  4. Faz pun pernah alami gangguan semasa tidur di rumah kawan...sbb mulut tlepas ckp...mampu baca ayat qursi je sbb tlampau takut..

    ReplyDelete
  5. hehe..amboi..xsyg mlut eh..eheh..xpe pn awk nk lps ckp, sbb kte xprlu tkot dgn "dorg" ni..

    ReplyDelete
  6. no problem..
    hee..
    btl 2..
    "dorg" 2 makhluk ALLAH gak kn??
    :)

    ReplyDelete
  7. yup..makhluk ALLAH jgk..so nothing 2 be afraid k..:)..

    ReplyDelete
  8. yer..
    btl3..
    x der pape yg perlu ditakutkn mlainkn ALLAH jer..

    :)

    ReplyDelete